Selasa, 01 April 2008

Spring Onion Bun

Spring Onion Bun
Sumber : Alan Ooi

Bahan A

300 gm high protein flour (saya guna tepung biasa)
50 gm gula castor
1/2 sdt garam
1 sdb susu tepung
* 3/4 sdt bread improver (guna jika tiada high protein flour)

Bahan B

1 1/2 sdt yis kering
125 ml air suam
1 biji telur grade B

Bahan C
40 gm butter

Bahan D
Sebiji telur untuk glazing

Bahan E (Topping)
3-4 sdb mayonis
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang
Garam jika perlu

Cara
1. Masukkan bahan A ke dalam bekas adunan. Gaul rata.
2. Masukkan telur. Gaul.
3. Bancuhkan yis dan air suam. Tuang ke dalam bekas adunan.
4. Gaul dengan mixer sehingga membentuk doh.
5. Masukkan bahan C.
6. Gaul dengan mixer hingga membentuk doh yang bulat, licin dan elastik. (Kalau diambil sedikit doh ini dan diterik, ia tak kan putus tapi jadi macam chewing gum gitu).
7. Perap doh di dalam bekas adunan dan ditutup dengan kain lembap di tempat yang agak panas. (Saya letak dalam oven with the lampu on.) Perap hingga naik satu kali ganda.
8. Setelah naik, tumbuk doh tersebut. Bahagikan kepada doh-doh kecil seberat 30 - 32 gm.
9. Setiap doh tersebut, gilingkan dengan roller sehingga jadi leper dan oval shape. Kemudian gulung. Susun di atas bekas pembakar yang sudah digris. (Saya letak atas bekas yang dilapik dengan kertas minyak)
10. Susun dengan jarak lebih kurang 1-1.5 cm, supaya bila dia naik dia melekat sebelah menyebelah.
11. Biarkan ia naik sekali ganda lagi. (Simpan dalam oven macam tapi)
12. Setelah naik, sapu roti dengan telur yang telah dipukul itu. Kemudian letakkan topping di atas roti.
13. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 10-15 minit. Guna api bawah sahaja dan letak di rak tengah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar